It Hurts Part 2 on Sunday, 2 December 2012 | 03:04 | 0 comments


                                                                       Prolog
                                                                It Hurts Part1
Jiyeon merenung Gyuri. Serius dan juga tenang. Patutlah jadi kegilaan Sulhu, si playboy tu! Aku harap minah ni tak silap pilih pujaan hati lah. Ahh, tapi aku dengki gila sebab wajah cool dia tu. Dahlah putih melepak, takde jerawat pulak tu. Ke dia ni buat plastic surgery? Mungkin. Haha dengar dek Sulhu kena ‘ngaum’ aku.
“Err, awak ni Gyuri kan?” Jiyeon dengan beraninya bertanya. Bukan ke kau dah tahu? Gyurikau hidup dengan makan sandwich je, Gyuri? Hidup diet macam tulah.
Gyuri tersenyum lalu mengangguk. Dia menyuruh Jiyeon agar duduk.
“Kenapa cari saya?” Soal Gyuri apabila Jiyeon duduk. Jiyeon sudah tersenyum.
“Saja, nak introduce kan diri awak.” Gelak Jiyeon. Gyuri hanya memandang Jiyeon. Ada maksud lain, ni.
“Hmm, Gyuri apa kata kita bertukar emel dan nombor telefon?” Cadang Jiyeon. Gyuri memandang Jiyeon kembali lalu dia tersenyum.
Sorry lah Jiyeon. Bukan saya nak menyombong dengan awak tapi, saya takde emel dan nombor telefon. Sorry.”
Terkejut Jiyeon. Hah? Gila kuno minah ni, takkan emel dan nombor telefon pun takde. Dia ni dari mana? Entah dari planet Marikh. Takkan dia takde nombor telefon, kata anak orang kaya. Ke rumors je ?
Wajah terkejut Jiyeon dipandang dan sebuah senyuman dihadiahkan. Dia memulakan percakapannya.
“Saya tak suka guna phone sebab ianya agak menyakitkan hati. Awak ada twitter? Do follow me.”
Makin luas mata Jiyeon. Twitter? Aku tarik balik perkataan kuno tadi.
**
“ Maaflah beb, dia kata dia takde emel dan nombor telefon. Cuma dia kata dia ada Twitter.” Ucap Jiyeon. Sulhu mengeluh namun dia kembali menatap Jiyeon.
“Wei bangang, kalau nak buat Twitter mesti kena ada emel. Asal kau ni lembap sangat hah?” Marah Sulhu. Jiyeon senyap.
“Kalau kau marah aku sekalipun at least jangan gunakan perkataan yang tak bermunasabah tu! Aku tahulah yang aku ni bangang, lembap!”
Sulhu menjelirkan lidahnya. Jiyeon mengetap bibirnya lalu dia memukul Sulhu dengan sebuah buku . Kamus sebenarnya. Sulhu memegang tempat yang dirasa sakit lalu dia menjengilkan matanya kearah Jiyeon.
Jiyeon kembali menjelirkan lidahnya.
Mata Sulhu makin membulat.
Jiyeon sudah berlari.
Sulhu mengejar.
Akhirnya Jiyeon menyerah dirinya apabila Sulhu berjaya menangkapnya. Jiyeon bergelut untuk melepaskan dirinya dari pegangan kuat Sulhu. Sulhu sudah tersengih mengejek.
Jiyeon tetap mencuba tetapi gagal. Kuat betul mamat ni.
“Kau nak pegi mana ha? Kau tak boleh terlepas selagi kau kata kau nak mintak emel Gyuri.” Ugut Sulhu.
Dah takde harapan aku ni. Ahh, setuju jelah.
Bau haruman Sulhu menusuk hidung Jiyeon. Mamat ni pakai perfume apa, ha? Kuat betul bau nak termuntah rasanya. Sulhu ketawa mengejek.
“Kau nak ke taknak ni? Kalau taknak, it’s okay aku peluk kau sampai kau pengsan.” Ugut lagi Sulhu. Mata Jiyeon kembali membulat. Ha gila mamat ni? Nampak ke budak lain tak ke jadi gosip? Haih kalau dah playboy tu memang playboy jugak.
Namun, Jiyeon tetap senyap di kedudukannya. Tanpa disedari, jantungnya berdegup kencang. Adakah ini cinta?
**
“Tu Sulhu kan?” Tanya Gyuri sambil tangannya dihala ke Sulhu yang sedang bermain tenis itu. Jiyeon hanya mengangguk. Gyuri melihat Sulhu dengan sebuah senyuman dihadiahkan. Kedengaran para peminat bersorak untuk Sulhu.
“Dia handsome lah. Lagi nampak  bergaya bila dia main tenis. Cool.” Puji Gyuri kepada Jiyeon. Jiyeon hanya mengiakan. Memang betul, dia nampak lebih handsome. Ah, aku sukakan dia! Bisik hati Jiyeon.
Dia mengerling sekilas kearah Gyuri. Gyuri sukakan Sulhu ke?
Gyuri hanya berpeluk tubuh sambil tersenyum.
Mungkin ya, Gyuri sukakan Sulhu. Bisik lagi hati Jiyeon.
**
Jiyeon berjalan kearah Sulhu dengan sebuah senyuman. Dia mengetuk kepala Sulhu dengan buku  log. Sulhu memegang tempat sakitnya lalu dia berpaling ke belakang . Minah ni lagi!!
Good news, Sulhu! Nampaknya ada orang tak tidur 4 hari 4 malam lah ni.” Ujar Jiyeon lalu duduk bersebelahan Sulhu. Sulhu terkial-kial. Siapa tak tidur pulak, ni?
“Gyuri kata kau handsome dan cool. So what? Can you guess it?” Soal Jiyeon. Mata Sulhu ketika itu jelas terbeliak. Hah? Gyuri? Betul ke ni atau aku mimpi?
Dia menampar pipinya. Auch, sakit. Maknanya, ni betul bukan tipu! Wanita paling cute dalam sejarah Soo Nyang High School puji aku! Ahh, tell me this is lie! Jiyeon mengibaskan tangannya kearah muka Sulhu yang sedang mengelamun itu.
“Aku tahulah tu berita best tapi janganlah sampaikan aku pun kau tak hiraukan.”
Sulhu tersedar lalu dia menyengih.
“Kau dapat tak emel dia?” Soal Sulhu. Jiyeon tersenyum lalu mengangguk lagi. Jiyeon meraba poketnya lalu mengeluarkan secebis kertas yang tertera emel Gyuri.
Sulhu tersenyum dan dengan segera dia menciumi pipi Jiyeon lalu keluar dari kelas Guardian. Jiyeon terpaku di tempatnya.
Ahh, sudah! Aku sudah jatuh cinta!
**
Sulhu berjalan kearah selatan sekolah mereka untuk ke kelabnya. Dia berjalan penuh senyuman. Sudah hampir sebulan dia rapat dengan Gyuri. Taefung, pelajar yang jugak hot di Soo Nyang High School teramatlah jeles dengan Sulhu. Kenapa?
Kerana Sulhu Berjaya mengambil hati Gyuri.
Tapi, tak confirm lagi kan diorang tu couple?
Mungkin.
Yah, yang kau duk senyum sensorang ni kenapa?” Sergah Jiyeon dari belakang. Terkejut Sulhu. Hampir-hampir sahaja raket tenis Sulhu mengena kepala Jiyeon namun nasib baiklah Jiyeon sempat mengelak. Kalau tidak, alamatnya benjol lah kepala Jiyeon.
“Kau ni kalau nak jadi sensitif pun agak-agakkan lah. Buat malu aje.”
Marah Jiyeon lalu dia masuk ke bilik kelabnya yang juga sama dengan kelab Sulhu. Sulhu mencebikkan bibirnya. Ceh minah poyo ni nak berlagak marah konon. Aku hempuk karang pengsan baru tahu.
Lalu dia pun masuk ke bilik kelabnya.
**
Hati Jiyeon sakit. Teramat sakit. Kenapa dorang ajak aku datang sini? Ahh, senyaplah wahai hati. Kalau dah namanya bercinta tu mesti romantik jugak kan?
Dorang bercinta? Betul ke?
Entah.
Sulhu tersenyum melihat Jiyeon. Masam pulak muka perempuan ni.
“Jiyeon, kenapa ni? Ada masalah ke? Tell me please.” Soal Sulhu. Jelas bimbang Sulhu. Gyuri mengiakan. Muka Jiyeon nampak sedih je harini. What’s wrong yah?
Jiyeon hanya menggeleng.
“Nothing. Erm, aku nak ke toilet ni. Sakit perut agaknya.”
Jiyeon terus bangun. Sulhu mengangguk. Sulhu kembali berbual bersama Gyuri.
Jiyeon berpusing kembali melihat Sulhu. Jelas Sulhu menyukai Gyuri. Jiyeon menyekat air matanya.
Nampaknya cinta aku hanya bertepuk sebelah tangan.
**


0 Comments:

Post a Comment




Skin made by Yeza리키 and background from subtlepatterns.