It Hurts 3 on Monday, 10 December 2012 | 21:53 | 0 comments

                                                                         Characters
                                                                           It hurts part 2
                                                                              It hurts part 1
Sulhu menciumi pipi Jiyeon. Jiyeon terkejut. Dia yang sedang membaca itu melihat Sulhu yang berada di tepinya. Sulhu sudah tersenyum gembira.
Thanks sebab kau tolong aku selama ni. A big kiss for you, friend!” Sekali lagi pipi Jiyeon diciuminya. Jiyeon terkejut lalu dia menyentuh pipinya yang dicium oleh Sulhu tadi. Dia melihat Sulhu.
Sulhu masih lagi tersenyum.
“Kenapa ada masalah ke dengan muka aku?” Soal Sulhu apabila dia melihat Jiyeon yang sedang melihat mukanya dengan tidak berkelip. Jiyeon yang tersedar itu dengan segera menggeleng tanda tidak.
“Ak…ak.. aku nak ke tandas dulu!” Pinta Jiyeon lalu bangun untuk ketandas. Mata Sulhu melorot mengikuti banyangan Jiyeon yang makin menghilang.
“Dia sakit  ke? Kenapa sejak akhir ni perangai dia berbeza?” Bisik Sulhu perlahan lalu dia mencapai Smarties yang ditinggalkan oleh Jiyeon di atas meja. Dimakannya. Jiyeon memang pembekal makanan terbaik. Cayalah Jiyeon!
**
Taefung. Sulhu. Gyuri. Jiyeon.
Ah, sukarnya nak tafsirkan perasaan mereka ketika ini.
Taefung ingin berjalan bersama Gyuri namun sempat dihalang oleh Sulhu. Taefung mencuba namun gagal. Taefung menjengilkan matanya. Sulhu sempat lagi menjelir. Jiyeon dibelakang sibuk melayan dirinya.
“Erm, apakata kita pergi fun-fair this weekend? Dah lama lah tak hangout, kan Jiyeon?” Ajak Gyuri. Jiyeon yang sedang melayan perasaan nya itu terkejut. Jelas dia terkial-kial.
“Hah? Pergi mana?”
“Jiyeon sejak akhir-akhir ni kenapa? Asyik senyap je. Tak gempak lah kalau Jiyeon jadi macam ni.” Ucap Sulhu. Jiyeon hanya tersenyum lalu sebuah gelengan dihadiahkan.
“Takde lah beb. Aku penatlah. Study, yalah aku kan repeat exam.” Balas Jiyeon.
Sulhu mencebikkan bibirnya.
“Ye lah tu. Alasan, puii!”
Balas Sulhu.
Gyuri menarik lengan Sulhu.
“Sulhu ni jahatlah! Kesian Jiyeon tau!”
Sulhu senyum. Taefung pula sudah mencebikkan bibirnya. Jiyeon sudah menghilangkan dirinya.
Kenapa diorang ajak aku? Argh, masalah dunia. Macam nilah.
**
Kau jadi ke tak pegi fun-fair ahad ni? Kalau kau tak gi, kitorang cancel.
Mesej dari Sulhu dibiarkan. Dia membaca buku Myth Legend. Sekali sekali baca buku inggeris baru otak aku boleh jalan. Dahlah banyak kali aku kena ulang exam bahasa yang menyakitkan aku ni.
Baru sahaja membaca beberapa muka surat, telefonnya kembali berdering.
Nama Gyuri tertera. Dengan payahnya dia mengangkat.
“Bu…bu…kan aku tak nak pergi tapi aku kan kena periksa ulangan. So, faham-faham jelah.” Terang Jiyeon. Gyuri mengetapkan bibirnya.
“Err, Jiyeon aku ada benda nak cakap ni.”
“Cakap je. Kitakan kawan.” Kawan? Yelah tu.
Adus, malunya nak cakap. Emm, macam nilah sebenarnya…”
“Sebenarnya apa?” Potong Jiyeon.
“Sebenarnya aku sukakan Sulhu.”
Terluah juga akhirnya. Jiyeon disana sudah terkejut.  Hampir rebah dia.
“Hah, betul ke ni, Gyuri? Kalau ya, baguslah sebab Sulhu pun sukakan kau.” Sebak Jiyeon. Gyuri tersengih.
“Awak tak jeles ke?”
“Buat apa nak jeles?”
“Bukan ke awak pun sukakan Sulhu?”
Jiyeon mematikan talian. Sengaja ataupun tidak sanggup mendengarnya? Yang pasti hatinya teramat kecewa.
**
Jiyeon menangis. Sepatutnya aku tak pergi fun-fair. Buat apa dorang ajak aku? Semata-mata nak tunjukkan sandiwara manis dekat sini? Dia bangun untuk membasuh mukanya. Euu, buruk betul muka aku lepas nangis.
Dia cuba tersenyum namun gagal. Dia kembali duduk di posisi asalnya.
Tak, aku tak boleh! Hati aku dengki tengok mereka. Tak! Aku kena balik. Lagipun lusa nak start exam aku. Ya, aku kena balik.
Dia membuka pintu tandasnya. Mengagahkan jua kakinya untuk keluar walaupun dia tahu akan soalan yang bakal ditanya oleh mereka nanti.
Dia keluar tiba-tiba ada seseorang menarik tangannya. Dia terkejut. Lelaki itu tetap menunduk. Jiyeon tetap cuba melepaskan diri namun pegangan lelaki itu lebih kuat.
“Siapa yang buat kau menangis?”
Ha?
“Siapa yang buat kau menangis?” Ulang lelaki itu. Kini dia mengangkat wajahnya. Jiyeon terkejut.
**
Pipi Sulhu ditampar. Gyuri terkejut. Jiyeon juga terkejut. Sulhu memegang tempat yang ditampar oleh lelaki tadi. Dia memandang lelaki itu.  
“Kau pahal L?” Suara Sulhu dikuatkan menyebabkan para pelanggan di restoran itu memandang kearah mereka.
L mengetap bibirnya. Sekali lagi pipi Sulhu ditampar. Sulhu geram.
“Kau pahal hah L? Datang mari tampar aku. Apa kau hebat sangat ke?”
Tengking Sulhu.
L menunding jari kearah Jiyeon.
“Kau nampak dia,kan?” Soal L . Sulhu menangguk. Apa dia ingat aku ni buta ke?
“Dia bermati-matian tak nak ikut korang harini.”
And so what? Aku cuma nak dia relaks sebab dia tu tiap-tiap hari duk jenguk buku. Kau tahu apa L?” Marah Sulhu.
“Lebih baik dia duduk jenguk buku daripada hati dia sakit.”
Berkias lagi!
“Kau nikan asyik berkias aje! Apa kau ingat aku ni minat ke kiasan?”
L mengendahkan Sulhu lalu dia memegang tangan Jiyeon. Jiyeon terkejut.
“Aku tahu benda ni tak important sangat. Tapi, buat aku benda ni penting sangat buat kau dan buah hati perasan comel kau tu.”
Perkataan ‘comel’ ditekankan oleh L. Gyuri tersentak.
“Sebenarnya…”

**bersambung**


0 Comments:

Post a Comment




Skin made by Yeza리키 and background from subtlepatterns.