Adik 3 (tamat) on Monday, 19 November 2012 | 08:45 | 0 comments


                                                                 Characters
                                                                   Part 1
                                                                   Part 2
Berita mengejutkan! Sandara sudah pucat ketika itu. Kenapa dengan Shin? Shin, tunggu akak Shin. Shin kena kuat.  Kan Shin nak tengok boyfriend akak? Shin please.
Doktor yang selalu merawat Shin keluar dengan tergesa-gesa dan dia mendapatkan Sandara. Sandara terkial-kial. Kenapa ni?
“Call presiden. Kondisi Shin parah sekarang ni!”
Dengan segera Sandara mengangguk dan telefonnya dicapai. Nombor ibunya didail.
“Ibu, please! Datang hospital sekarang jugak.”
“Kenapa? Budak tu dah nak mampos ke?”
Terkejut Sandara perkataan yang keluar dari mulut ibunya.
“Ibu, please. Lupakan kebencian ibu dekat Shin. Dia amat memerlukan ibu sekarang ni.” Pohon Sandara.
“Wey, cakap dekat budak tu aku tak hingin jumpa dia. Suka hati dialah nak mampos ke hidup ke? Yang penting aku tak nak menengok muka dia yang buruk tu.” Lantas gagang telefonnya diletak. Sandara terkejut. Anaknya dalam keadaan yang nazak pun taknak berjumpa? Pelik sungguh. Ada jugak ibu macam ni.
Lalu dia mendail nombor ayahnya.
“Dara! Please. Call lepas ni. Papa busy ni.” Putus ayahnya. Perlahan-lahan Sandara mengeluh. Layakkah mereka berdua ini digelar ibu dan ayah? Anak sedang nazak pun tak nak lawat. Dia sudah putus akal. Haih, macam mana ni? Nak call siapa pulak?
Call Kai. Bagaikan ada suara berbisik di telinganya. Pantas dia mendail nombor telefon Kai.
“Hah! Kau nak apa?Kau nikan sibuk ajelah. Aku tengah keluar dengan kawan aku ni.”
“Kai, aku tahu kau bencikan aku. Tapi, tolong datang sini sekarang. Shin parah ni!” Pohon Sandara.
What? Okey,okey. Aku datang sana sekarang. Kau tunggu, ya!” Putus Kai lalu menamatkan panggilan telefon dari Sandara.
Sandara mengucap syukur. Nampaknya Kai masih lagi menyukai Shin.
**
Sandara menangis. Doktor muda itu menepuk bahu Sandara perlahan.
“Dara, be strong. Mungkin sudah tiba masanya untuk pergi.”
“Tak! Baru semalam kitorang berborak. Ke…ke..kenapa Shin pergi terlalu awal? Ak… ak… aku teringin sangat melihat dia kahwin dengan Kai. Tak! Aku tak percaya yang Shin dah mati! No, you may just be kidding! Aku tahu kau tipu! I know!” 
“Dara… don’t be like this. Nanti apakata Shin bila dia tengok kau macam ni.” Ucap doktor muda itu. Sandara menggeleng.
“Bukan, aku cuma kesiankan nasib Shin. Dia dibenci oleh ibu dan papa. Sejak kecil lagi dia tak dapat kasih-sayang ibu dan papa. Kau tahukan dia terlalu dahagakan kasih sayang ibu dan papa?”
“Dara, kenapa kau nangis?” Soal Kai yang baru tiba itu. Dengan segera Sandara menggeleng. Kai meramas kepalanya. No! Tidak! No!
“Kau tipu, Dara! Kau tipu!”  Kata Kai bagaikan orang gila. Sandara mengelap air matanya sambil mengangguk.
That’s the fact, Kai.”
“Kau tipu! Dia belum mati! Belum. Ini bukan masanya! No!” Teriak Kai. Bergema seluruh isi hospital mendengar teriakan dari Kai. Doktor muda itu memeluk Kai.
I’m sympathy, Kai.”
“Tak, aku tahu! Dia belum mati. Mana dia? Aku tahu dia tunggu aku sebab dia nak aku lamar dia. Mana dia?” Balas Kai. Suaranya dilantangkan jua. Doktor muda itu memberi amaran agar senyap.
Kai dengan lama merenung Sandara. Sandara meneruskan tangisannya.
“Mana Presiden Park? Presiden Kang?”
Sandara hanya mampu menggeleng. Kai memejamkan matanya. Lama.
**
Majlis pengebumian Shin berjalan dengan lancar. Semua yang hadir beransur pergi. Hanya tinggal Sandara dan Kai. Sandara berdiri di tempatnya. Tidak bergerak. Manakala Kai menarik nafasnya dalam-dalam.
Goodbye, Shin. Moga kau tenang disana. Baru sahaja dia hendak melangkah pergi namun langakahnya terbantut apabila Sandara menegurnya.
“ Sedih kan jadi Shin? Ibu bapak dia terlalu bencikan dia sampaikan majlis pengebumian dia pun tak hadir.”
Kai berpaling melihat Sandara.
“Aku ada tanya ibu haritu. Ibu  cakap kelahiran Shin ke dunia ini adalah sebuah kesilapan. Mungkin sebab penyakit dia.  Papa pun cakap macam tu. Sampai sekarang aku tak tahu apa penyakit dia, Kai. Cuma aku tahu penyakit dia tu buatkan semua orang bencikan dia. Macam ibu.
Shin setiap hari cuba senyum walau hakikatnya aku tahu itu senyuman palsu yang dihadiahkan untukku. Kau tahu, Kai? Masa aku call ibu dan papa, ibu cakap ibu harap Shin mati awal. Kau tahu apa perasaan aku masa tu, Kai? Sakit, Kai! Sakit!  Patut ke ibu cakap macam tu? Bukanke ibu patut doakan kebahagiaan anaknya?”
Kai senyap di posisinya. Tanpa disangka, air matanya jatuh jua.
“Entahlah, Kai. Aku pun tak tahu nak buat apa. Shin sengsara, Kai! Dia sengsara!” Makin kuat tangisan Sandara. Kai menepuk perlahan bahu Sandara.
“Kau janganlah macam ni. Nanti  tak tenang roh dia.” Ucap Kai. Sandara mengangguk.
“Biarlah aku terima hakikat yang Shin sudah tiada, Aku harap roh dia tenang supaya takde orang lagi boleh ganggu dia.” Ucap Sandara. Kini sudah tenang.
“Jom balik. Hari dah nak gelap ni.” Ajak Kai. Sandara menangguk. Mereka berjalan seiring sehinggalah sampai ke kereta mereka. Akhirnya,  Shin sudah pergi. Akak akan mendoakan yang terbaik buatmu, adik.

**THE END**

#Tiada  kaitan dengan hidup atau pun yang dah mati. Benda dari idea saya sendiri dan tolong jangan re-post balik. Buatlah kalau kau nak aku malukan kau. 

Labels:



0 Comments:

Post a Comment




Skin made by Yeza리키 and background from subtlepatterns.