Adik 2 on Monday, 19 November 2012 | 08:17 | 0 comments


                                                                       Characters
                                                                         Part 1
Ibu dan papa ni dah tak sayangkan aku ke? Dah lama dorang tak lawat aku sejak doktor kata penyakit aku ni sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Aku dah tak tahu nak cakap dekat siapa. Kakak? Tak payahlah, dia sibuk sekarang ni. Almaklumlah, dia kan director syarikat ayah.
Tapi, entahlah. Aku rasakan yang ibu bencikan aku. Dari pandangan mata dia haritu pun dah tahu dia terpaksa lawat aku di  hospital. Nak bercakap dengan aku pun nak tak nak aje. Kalau ye, maafkan Shin, ibu. Tapi, apa salah Shin buat ibu marah? Kalau  sebab penyakit Shin ni buat ibu marah, ampunkan Shin ibu. Shin tak mintak pun penyakit ni.
Shin mengeluh. Mana doktor ni? Akak pun tak datang lagi. Dorang tak tahu ke yang aku bosan sekarang ni? Nak keluar, tapi doktor kata aku tak boleh berjalan banyak sangat sebab antibodi aku lemah sangat sekarang ni.
Majalah pun akak tak tinggal. Aduh, bosannya! MP3 pemberian Eunjung unnie dipasang. Lagu DBSK kini sudah berulang 5 kali. Nak buat macam mana, lagu tu je yang ada dalam MP3 Shin.
Dia hampir tertidur, namun saat itulah doktor muda itu masuk. Dia berjalan kearah Shin dengan sebuah senyuman diukir.
“Hai Shin! Bosan ke? Maaflah saya datang agak lewat sikit. Jumpa seseorang tadi.” Kata doktor muda itu.
“Siapa, doktor?” Soal Shin.
“Haha, rahsia!” Doktor itu membuat tanda ‘shhh’ .
“Hmm, doktor. Apa nama doktor sebenarnya?”
Tergelak doktor muda itu.
“Kenapa nak tahu sangat ni?” Soal doktor muda itu kembali.
“Doktor nikan, asal eh kalau Shin tanya mesti doktor tanya Shin balik. Kenapa,eh?” Geram jugak Shin. Doktor muda itu tersenyum.
“Nama saya Choi Seunghyun. Tapi ramai panggil saya Seunghyun. Jadi, lepas ni Shin nak panggil saya apa?”
Oh, Choi Seunghyun rupanya. Nanti aku bagitau Akak.
“Hmm, doktor umur berapa sekarang ni?” Wah, macam spy aje.
“Kenapa dengan Shin ni? Nak tahu full biodata saya , ke?” Ujar doktor. Shin mengangguk.
“Okey, umur saya 25 tahun. Still single. Hobi saya menolong orang.” Balas ringkas doktor itu. Terkejut Shin. Hah? Still single? Betul ke ni?
“Kenapa, Shin? Terkejut ke saya still single? Hey, betullah. Nak buat macam mana, tak de orang berkenan. Kalau Shin berkenan jom kita kahwin, nak?” Usik doktor muda itu.
Gila ke doktor ni? Tapi, kalau diberi peluang memang aku nak ! Tersangatlah nak! Tapi, orang dah nak mati macam aku ni baik tak payah. Lebih-lebih lagi kakak sukakan doktor muda ni.
“Hmm, cerita lah pulak pasal Shin.”
“Hah? Buat apa?”
Alaa, barulah adil.”
Shin mengangguk. Childish betul doktor ni!
“Hmm, nama Shin. Umur 20.”
“Mudanya.” Balas doktor muda itu dengan sebuah senyuman.
“Eh, doktor takde patient ke? Asyik duduk sini je tiap-tiap hari.”
“Shin tak tahu ke? Kan saya diberi upah untuk jaga Shin.”
Terkejut Shin. Hah? Apa? Jaga aku? Kenapa pulak? Hai Shin namanya lagi diberi upah.
Shin mengangguk. Doktor muda itu tersenyum.
“Okaylah Shin. Saya nak keluar ni. Oh ya, siapa nama kakak awak tu?” Soal doktor sebelum berlalu.
“Hah,kakak? Oh, Sandara. Kenapa?”
She’s gorgeous.” Terbeliak mata Shin. Doktor itu berlalu dengan sebuah senyuman.
**
“Ibu, tiada rasa kasihan ke dekat adik? Dah hampir 6 bulan ibu tak jenguk dia. Bila akak tanya je  bila ibu nak lawat adik, ibu bagi alasan. Ibu, adik ridu ibu sangat-sangat. Lagipun, 2 bulan je lagi opss 1 bulan setengah je lagi adik nak tamat tempoh. Ibu tak rasa kesian ke, bu?” Soal Sandara. Presiden Park mengerling tajam kearah Sandara. Makin besar makin kurang hajar budak ni!
“Hey, betul apa ibu busy. Nak temankan kawan-kawan ibu shopping lah, pergi kelas memasak lah. Banyak lagi!” Presiden Park masih mahu mempertahankan dirinya walau hakikatnya dirinya salah.
“Iya! Semua benda tu lebih penting dari adik, kan?” Balas kembali Sandara. Kini suara dikuatkan sedikit.
“Kau jangan jadi kurang ajar, Dara! Ini ke cara aku didik kau?” Tengking  Presiden Park.
“Iya, memang ni bukan cara ibu didik Dara. Tapi bu, betul apa yang Dara cakapkan? Ibu sememangnya lebihkan masa ibu dengan kawan-kawan ibu daripada lawat adik. That’s the truth, mom!”
Terbeliak mata Presiden Park. Budak ni nak kena lempang jugak.
Presiden Park bangun dari kerusinya. Dia ingin melempang wajah Sandara namun terbantut apabila Sandara memulakan ayatnya.
“2 minggu lepas Dara ada pergi lawat adik. Ibu tahu tak apa yang dia cakap?  Dia tanya Dara yang ibu dan papa tak lawat adik ke? Ibu, boleh tak ibu bayangkan seorang kanak-kanak yang sejak kecil lagi kurang mendapat kasih sayang dari ibu bapanya? Dara rasalah kan, Shin mesti tunggu ibu dan papa sekarang ni. Ibu, tolonglah dengar tolong lawat Shin dekat hospital. Lagipun, 1 bulan setengah je lagi tempoh dia, bu. Please.” Terang Sandara.
Tanpa berlengah lagi, pipi Sandara ditampar. Sandara memegang tempat pedih itu.
“Ke ibu rasa yang Shin dilahirkan ke dunia ni adalah sebuah kesilapan?” Tanya Sandara apabila melihat ibunya sudah ingin berlalu. Langkah Presiden Park berhenti.
“Ya, kelahiran Shin ke dunia ini adalah sebuah kesilapan buat ibu dan papa.” Balas Presiden  Park. Tersentak Sandara.
**
Kedatangan Kai ke hospital mengejutkan Shin dan Sandara. Sandara terkejut.  Lelaki itu tersenyum.
“Hai Shin, Sandara? Eh kenapa tengok Kai macam nak makan, aje?” Soal Kai apabila melihat 2 beradik itu melihatnya tanpa berkelip. 
“Hah? Buat apa Kai datang sini? Selalunya kalau Kai datang sini mesti kena paksa. Ke makcik paksa datang sini?” Kejamnya perkataan yang lahir dari mulut Sandara. Kai  menelan airliurnya. Ha’ah, memang  aku kena paksa pun! Weh, kalau mama tak suruh aku datang sini, gerenti seumur hidup aku tak akan jejak dekat tempat jijik ni dan jumpa perempuan yang dah nak mampos ni.
“Hah? Takdelah. Kai saja je datang sini. Lagipun dah lama kan tak jumpa Shin.” Tipu Shin.
“Iye? Thanks Kai.” Ucap Shin dengan sebuah  senyuman dihadiahkan. Sandara mencebikkan bibirnya.
Meluatnya aku! Bisik hati Kai.
“Dah lah Shin. Akak nak pergi beli barang ni. Makin lama duduk sini makin terbakar je muka akak. Mujurlah tak hangus lagi.”
Kai melihat Sandara yang berlalu pergi. Perlahan-lahan dia mengeluh. Ish, Dara nikan selalu  je buat aku sakit hati! Lebih-lebih lagi tinggal aku dengan perempuan yang dah nak mati ni. Geramnya akuuu!
Kai duduk. Dia sendiri pun pelik. Kenapalah ramai sangat bencikan Shin? Sampaikan mak bapak dia pun benci dia. Ha, aku pun benci dia. Pelik. Shin tak pernah pun buat salah. Dari kecik lagi dia masuk hospital. Ke diorang jijik dengan penyakit Shin?  Aku pun pelik. Kenapa pulak aku benci Shin?
Sebenarnya, aku tak benci Shin pun. Cuma aku sakit hati dengan dia sebab dia… dia… dia… arghh! Taknak! Aku taknak ulang kisah lama! Malu weh.
“Kai kenapa ni? Termenung aje.” Tanya Shin.
“Ha? Kau takyah amik tau pasal aku. Hey, aku gelilah dengan kau! Jijik tahu, tak?  Kalau bukan mama suruh aku datang tengok kau, gerenti aku dah pergi hangout dengan kawan-kawan aku. Sibuk aje. Kenapalah kau tak mati awal-awal? Senang sikit aku daripada dok menengok muka kau ni. Dahlah buruk, weh pergi mati ah!” Kasar sungguh ayat yang keluar dari bibir Kai. Tersentak Shin.
Kai menjelingnya lalu keluar. Perlahan-lahan air matanya mengalir. Kenapa semua orang benci aku? Aku ada buat salah ke dengan dorang?
**





Labels:



0 Comments:

Post a Comment




Skin made by Yeza리키 and background from subtlepatterns.