Adik 1 on Monday, 19 November 2012 | 08:09 | 0 comments

Characters
Ya. Aku
perempuan lemah. Kadang-kadang, aku dengki jugak dekat orang yang bebas keluar
dengan kawan-kawan, pergi sekolah , boleh makan apa je yang dorang nak. Tapi
aku? Makan pun dikawal apatah lagi nak hangout
dengan kawan-kawan. Itulah tragiknya kisah aku.
Aku penghidap
penyakit berbahaya. Ada orang kata, penyakit aku ni tidak boleh diubati. Sejak
kecil lagi aku dapat penyakit ni. Mak aku kata, aku dah tak ada harapan lagi.
Tinggal 2 bulan je lagi untuk aku hidup
. Ayah aku pula cuba dapatkan rawatan terbaik dari negara lain. Hati aku
memberontak. Taknak! Adik nak pergi sekolah, nak keluar dengan kawan-kawan,
macam kakak. Tolonglah, omma appa, adik nak hidup lagi.
“Shin? How are you? Sihat?” Soal kakak ku, Sandara.
Kakak aku memang cantik. Dia ramai peminat. Pandai bergaya, masuk universiti
terkemuka di luar negara lagi. Tapi aku? 20 tahun aku tak pernah ke sekolah.
Hanya cikgu tutor datang mengajarku. Tapi, itu 10 tahun yang lalu. Ibu sudah tidak mahu mengupah tutor lagi. Aku pun tidak tahu mengapa.
Aku mengangguk.
Kakakku mengukir sebuah senyuman lalu dia menarik sebuah kerusi duduk ditepiku.
Tangannya mengeluarkan sebuah kamera.
“Ni kawan akak,
Hyomin. Cantik kan dia?” Kamera yang berwarna hitam itu ditunjukkan
dihadapanku. Terlihat seorang perempuan yang sedang membuat tanda peace. Ya, cantik.
“Kakak , adik
rindulah dekat Eunjung unnie . Bila dia nak datang tengok adik?” Soal perlahan Shin. Sandara menjongketkan
bahunya.
“Akak pun tak
tau, Shin. Dia kan berada di UK sekarang ni, sambung study.” Balas Sandara sambil mengenggam erat tangan Shin. Shin mengangguk. Oh iye, ke? Bestnya jadi Kak
Eunjung. Boleh sambung belajar jauh-jauh. Tak macam aku ni, semua orang ada impian,
tapi aku? Impian aku hanya nak sihat,sihat dan SIHAT! Tapi, aku tau benda itu
tak akan pernah berlaku.
“Shin, akak tak
sukalah Shin macam ni! Jangan buat muka monyok macam tu, okay?” Pujuk Sandara
apabila melihat muka Shin yang sudah masam itu.
“ Adik, nanti
kalau adik dah sihat akak janji akan bawa adik ke tempat rahsia akak. Amacam?”
Sandara membuat janji. Akak, adik tak akan sembuh, kak! Doktor sendiri cakap
adik tak akan sembuh! Tidak akan SEMBUH!
Shin senyap.
Sandara juga senyap.
Lama.
Sandara
memerhati jam tangannya dan dia mengeluh.
“Mana dia ni? Tak sampai-sampai lagi?” Bisik Sandara
perlahan namun boleh sampai ke pendengaran Shin. Berkerut dahi Shin. Huh? Siapa
pulak nak lawat aku ni?
“Siapa kak yang
tak sampai lagi?” Soal Shin.
“Adalah, Shin
tunggu ya! Kejap lagi dia sampailah tu.” Sandara masih lagi mahu berahsia. Lalu
dengan pantas dia mengukir sebuah senyuman. Manis. Shin mengangguk. Faham akan
maksud kakaknya itu.
**
Shin mengeluh.
Aduh! Sakitnya! Doktor yang menyuntiknya tersenyum sambil menyoal ke arah nya.
“Sakit sangat ke
saya suntik?”
Shin mengangguk
perlahan. Doktor lelaki muda itu hanya
tersenyum. Lalu dia menyudahkan suntikannya. Setelah sudah, dia duduk disebelah
Shin yang sudah tersedia kerusi disitu.
“Shin, macam
mana? Dah sihat sikit?” Soal doktor lelaki muda itu. Shin mengangguk perlahan.
Eh, Shin ni kan reti angguk je.
“Hmm, baguslah
macam tu.”
“Doktor dah tak
ada patient lain ke?” Soal Shin.
Doktor muda itu
tesenyum. Manis.
“Kenapa? Awak
tak suka ke saya duduk sini?” Soal
kembali doktor muda itu.
“Tak lah, setiap
hari doktor teman saya. Bukan ke doktor kena check patient lain?” Balas ringkas Shin. Lama dia memerhati
doktor itu. Dahlah muda, kacak pulak tu. Tapi, orang macam tu mesti dah
kahwin, kan?
“Tak.”
“Kenapa,
doktor?”
Doktor muda itu
menjongketkan bahunya. Shin mengangguk.
Tiba-tiba pintu
wadnya dikuak seseorang. Alangkah terkejutnya bahawa itu kakaknya. Shin
tersenyum.
“Kak,akak tak
pergi kerja, ke?” Soal Shin. Sandara menukar bunga di dalam pasu bersebelahan
katil Shin.
“Tak. Hari ni
akak MC. Kesian adik, tiada siapa nak temankan dia.”
Doktor muda itu
tegelak. Sandara dan Shin dengan segera melihat doktor itu.
“Eh, doktor!
Sorilah, saya tak nampak doktor tadi. Dah lama ke doktor duduk situ?” Soal
Sandara dengan sebuah senyuman dihadiahkan. Doktor itu tersenyum.
“Baru 5 minit je. Okaylah, Shin saya keluar dulu.”
Mohon doktor muda itu. Shin mengangguk manakala Sandara tersenyum.
**
“Akak, ibu dan
papa tak datang jugak,ke?” Soal Shin. Terkejut Sandara. Tak pernah sekali
seumur hidup Shin bertanyakan soalan itu.
Agak lama Sandara senyap.
“Akak, akak
dengar tak apa yang Shin tanya, ni?” Soal kembali Shin. Sandara tidak tahu apa
yang ingin dijawabnya ketika itu.
“Huh? Ibu dan
papa busy sikit,lah dik. Takpe, nanti
akak call diorang suruh dia lawat
adik, okay?” Pujuk Sandara. Shin
mengangguk. Sandara mengeluh. Tidak apa kan tipu sunat?
“Akak, akak tak de boyfriend,
ke?”
Terbeliak mata
Sandara. Hah? Boyfriend? Gila ke adik
aku ni?
“Kenapa tanya
soalan macam tu?” Soal kembali Sandara.
“Ih, kenapa ya hari ni bila Shin tanya mesti
tanya
Shin balik?” Jelas marah Shin. Sandara tersenyum.
“No, girls. Okay, okay akak jawab. Boyfriend? Akak takde lagilah sayang.
Kenapa? Shin nak perkenalkan,ke? Kalau ya, boleh jugak!” Gelak Sandara.
“Haha! Akak,
orang yang dah nak mati macam adik ni ada ke orang nak kawan?” Jelas ada nada
kecewa.
“Ada!”
“Siapa, kak?”
Soal Shin.
“Alaa, mestilah
akak dan jugak doktor tadi.Eh, adik
tahu tak nama doktor tadi?”
“Kenapa pulak?”
“Dia handsome lah.”
“Yay! Unnie!”
Sandara
tergelak. Gurau ajelah. Tupun nak ambil kisah.
**
Labels: adik part 1

0 Comments:
Post a Comment