It Hurts 3 on Monday, 10 December 2012 | 21:53 | 0 comments

Characters
It hurts part 2
It hurts part 1
Sulhu menciumi pipi Jiyeon. Jiyeon terkejut. Dia
yang sedang membaca itu melihat Sulhu yang berada di tepinya. Sulhu sudah
tersenyum gembira.
“Thanks
sebab kau tolong aku selama ni. A big
kiss for you, friend!” Sekali lagi pipi Jiyeon diciuminya. Jiyeon terkejut
lalu dia menyentuh pipinya yang dicium oleh Sulhu tadi. Dia melihat Sulhu.
Sulhu masih lagi tersenyum.
“Kenapa ada masalah ke dengan muka aku?” Soal Sulhu
apabila dia melihat Jiyeon yang sedang melihat mukanya dengan tidak berkelip.
Jiyeon yang tersedar itu dengan segera menggeleng tanda tidak.
“Ak…ak.. aku nak ke tandas dulu!” Pinta Jiyeon lalu
bangun untuk ketandas. Mata Sulhu melorot mengikuti banyangan Jiyeon yang makin
menghilang.
“Dia sakit
ke? Kenapa sejak akhir ni perangai dia berbeza?” Bisik Sulhu perlahan
lalu dia mencapai Smarties yang ditinggalkan oleh Jiyeon di atas meja.
Dimakannya. Jiyeon memang pembekal makanan terbaik. Cayalah Jiyeon!
**
Taefung. Sulhu. Gyuri. Jiyeon.
Ah, sukarnya nak tafsirkan perasaan mereka ketika
ini.
Taefung ingin berjalan bersama Gyuri namun sempat
dihalang oleh Sulhu. Taefung mencuba namun gagal. Taefung menjengilkan matanya.
Sulhu sempat lagi menjelir. Jiyeon dibelakang sibuk melayan dirinya.
“Erm, apakata kita pergi fun-fair this weekend? Dah lama lah tak hangout, kan Jiyeon?” Ajak Gyuri. Jiyeon yang sedang melayan
perasaan nya itu terkejut. Jelas dia terkial-kial.
“Hah? Pergi mana?”
“Jiyeon sejak akhir-akhir ni kenapa? Asyik senyap
je. Tak gempak lah kalau Jiyeon jadi macam ni.” Ucap Sulhu. Jiyeon hanya tersenyum
lalu sebuah gelengan dihadiahkan.
“Takde lah beb. Aku penatlah. Study, yalah aku kan repeat
exam.” Balas Jiyeon.
Sulhu mencebikkan bibirnya.
“Ye lah tu. Alasan, puii!”
Balas Sulhu.
Gyuri menarik lengan Sulhu.
“Sulhu ni jahatlah! Kesian Jiyeon tau!”
Sulhu senyum. Taefung pula sudah mencebikkan
bibirnya. Jiyeon sudah menghilangkan dirinya.
Kenapa diorang ajak aku? Argh, masalah dunia. Macam
nilah.
**
Kau jadi ke tak
pegi fun-fair ahad ni? Kalau kau tak gi, kitorang cancel.
Mesej dari Sulhu dibiarkan. Dia membaca buku Myth
Legend. Sekali sekali baca buku inggeris baru otak aku boleh jalan. Dahlah
banyak kali aku kena ulang exam bahasa yang menyakitkan aku ni.
Baru sahaja membaca beberapa muka surat, telefonnya
kembali berdering.
Nama Gyuri tertera. Dengan payahnya dia mengangkat.
“Bu…bu…kan aku tak nak pergi tapi aku kan kena
periksa ulangan. So, faham-faham
jelah.” Terang Jiyeon. Gyuri mengetapkan bibirnya.
“Err, Jiyeon aku ada benda nak cakap ni.”
“Cakap je.
Kitakan kawan.” Kawan? Yelah tu.
“Adus,
malunya nak cakap. Emm, macam nilah sebenarnya…”
“Sebenarnya apa?” Potong Jiyeon.
“Sebenarnya aku sukakan Sulhu.”
Terluah juga akhirnya. Jiyeon disana sudah
terkejut. Hampir rebah dia.
“Hah, betul ke ni, Gyuri? Kalau ya, baguslah sebab
Sulhu pun sukakan kau.” Sebak Jiyeon. Gyuri tersengih.
“Awak tak jeles ke?”
“Buat apa nak jeles?”
“Bukan ke awak pun sukakan Sulhu?”
Jiyeon mematikan talian. Sengaja ataupun tidak
sanggup mendengarnya? Yang pasti hatinya teramat kecewa.
**
Jiyeon menangis. Sepatutnya aku tak pergi fun-fair. Buat apa dorang ajak aku?
Semata-mata nak tunjukkan sandiwara manis dekat sini? Dia bangun untuk membasuh
mukanya. Euu, buruk betul muka aku lepas nangis.
Dia cuba tersenyum namun gagal. Dia kembali duduk
di posisi asalnya.
Tak, aku tak boleh! Hati aku dengki tengok mereka.
Tak! Aku kena balik. Lagipun lusa nak start
exam aku. Ya, aku kena balik.
Dia membuka pintu tandasnya. Mengagahkan jua
kakinya untuk keluar walaupun dia tahu akan soalan yang bakal ditanya oleh
mereka nanti.
Dia keluar tiba-tiba ada seseorang menarik
tangannya. Dia terkejut. Lelaki itu tetap menunduk. Jiyeon tetap cuba
melepaskan diri namun pegangan lelaki itu lebih kuat.
“Siapa yang buat kau menangis?”
Ha?
“Siapa yang buat kau menangis?” Ulang lelaki itu.
Kini dia mengangkat wajahnya. Jiyeon terkejut.
**
Pipi Sulhu ditampar. Gyuri terkejut. Jiyeon juga
terkejut. Sulhu memegang tempat yang ditampar oleh lelaki tadi. Dia memandang
lelaki itu.
“Kau pahal L?” Suara Sulhu dikuatkan menyebabkan
para pelanggan di restoran itu memandang kearah mereka.
L mengetap bibirnya. Sekali lagi pipi Sulhu
ditampar. Sulhu geram.
“Kau pahal hah L? Datang mari tampar aku. Apa kau
hebat sangat ke?”
Tengking Sulhu.
L menunding jari kearah Jiyeon.
“Kau nampak dia,kan?” Soal L . Sulhu menangguk. Apa
dia ingat aku ni buta ke?
“Dia bermati-matian tak nak ikut korang harini.”
“And so what?
Aku cuma nak dia relaks sebab dia tu tiap-tiap hari duk jenguk buku. Kau tahu
apa L?” Marah Sulhu.
“Lebih baik dia duduk jenguk buku daripada hati dia
sakit.”
Berkias lagi!
“Kau nikan asyik berkias aje! Apa kau ingat aku ni
minat ke kiasan?”
L mengendahkan Sulhu lalu dia memegang tangan
Jiyeon. Jiyeon terkejut.
“Aku tahu benda ni tak important sangat. Tapi, buat aku benda ni penting sangat buat kau
dan buah hati perasan comel kau tu.”
Perkataan ‘comel’ ditekankan oleh L. Gyuri tersentak.
“Sebenarnya…”
**bersambung**
